Siri original Netflix "Menerima Diri Baharu" ialah komedi eksistensial yang inovatif yang menimbulkan persoalan: adakah kita benar-benar mahu menjadi insan yang lebih baik? Watak utama Miles (lakonan Paul Rudd) bergelut dalam kehidupan. Demi menjadi insan yang lebih baik, dia menerima terapi spa yang baharu dan selepas itu mendapati dirinya digantikan oleh versi dirinya yang baharu dan dipertingkatkan. Miles terpaksa menghadapi akibat tidak dijangka daripada tindakannya, dan dia perlahan-lahan menyedari bahawa dia harus berjuang demi isterinya Kate (lakonan Aisling Bea), kerjayanya dan dirinya yang sebenar. Siri ini diceritakan dari pelbagai sudut, sebanyak lapan episod, dicipta dan ditulis oleh pemenang Emmy Timothy Greenberg ("The Daily Show with Trevor Noah"), diarahkan oleh Jonathan Dayton dan Valerie Faris ("Battle of the Sexes", "Little Miss Sunshine"), serta dibintangi oleh Paul Rudd (memegang dua watak). Greenberg bersama Anthony Bregman dan Jeff Stern dari LikelyStory, Tony Hernandez dari JaxMedia, Dayton, Faris, Rudd serta Jeff Blitz berperanan sebagai penerbit eksekutif.