Semua orang sudah berpasangan dan bersiap sedia untuk berkumpul beramai-ramai pada jamuan Krismas tahun ini sambil bermesra sesama sendiri, tetapi hanya Joan yang masih keseorangan. Apa nak buat? Dia sudah tidak mahu ditanya lagi "dah ada teman lelaki ke belum"! Demi menyenyapkan mulut keluarganya, Joan nekad mencari seorang lelaki kacak yang berkualiti untuk meraikan Krismas bersamanya.