Baru sahaja bermula sesi persekolahan, Yoshioka Yuko jatuh sakit demam dan terbaring di katil. Dia menerima panggilan telefon daripada ketua kelas, Matsubara. Yuko berdebar-debar mendengar suara merdu di hujung talian itu, tetapi keesokan harinya apabila ke sekolah, dia mendapati Matsubara rupanya seorang lelaki misteri yang memakai beg kertas di kepalanya...... Kehidupan sekolah menengah Yuko yang agak pelik tetapi menggetarkan hati bermula di sini.