Seorang pengetua di sebuah sekolah menengah pinggir bandar akhirnya bersara selepas bertahun-tahun berkhidmat. Naib pengetua yang berwawasan tinggi, Neil Gamby (Danny McBride) dan Lee Russell (Walton Goggins), sama-sama mengintai takhta pengetua yang kosong itu, namun berdepan saingan baharu yang tiba-tiba muncul, Dr. Belinda Brown (Kimberly Hebert Gregory). Dua orang yang bagaikan api dengan air ini mengetepikan perselisihan mereka buat sementara waktu dan bersekongkol, semata-mata untuk menjatuhkan orang luar itu dengan apa cara sekalipun.