Siri ini diilhamkan oleh sebuah rancangan tahun 80-an yang singkat tetapi popular, GLOW. Kisah rekaan ini mengisahkan seorang pelakon wanita menganggur di Los Angeles pada tahun 1980-an, Ruth Wilder (Alison Brie), yang akhirnya menemui peluang terakhir untuk menjadi terkenal: tetapi dia perlu menyelubungi dirinya dalam pakaian ketat berkilau dunia gusti wanita. Selain perlu bekerjasama dengan 12 orang dalam kalangan Hollywood yang tidak mendapat peluang, Ruth juga perlu bersaing dengan bekas pelakon drama sabun, Debbie Eagan (Betty Gilpin). Debbie meninggalkan dunia lakonan kerana hamil, tetapi kehidupan yang tidak seindah yang dibayangkan memaksanya kembali ke bidang itu. Ketua pasukan ialah Sam Sylvia (Marc Maron), seorang pengarah filem B yang naik turun dan malang, yang kini perlu membawa 14 wanita menuju kegemilangan dunia gusti.