Doktor pelatih Makoto Tsugano datang untuk menjalani latihan di jabatan perubatan forensik atas cadangan Profesor Tsukuba, pakar perubatan dalaman yang amat dihormatinya. Setibanya di bangunan fakulti yang diselubungi suasana aneh, dia bertemu dengan Profesor Forensik Tojiro Kozaki. Namun selepas hanya bertukar beberapa patah kata, Kozaki meninggalkannya begitu sahaja dan beredar. Selepas itu, tindakan Kozaki yang melakukan bedah siasat ke atas mayat secara paksa tanpa mengendahkan perasaan keluarga si mati membuatkan Makoto sangat hairan. Tetapi kegelapan yang tersembunyi di sebalik bedah siasat itu telah menyeret Makoto jauh ke dalamnya……