Komedi adegan tunggal bertemakan ghaib FOX yang diuruskan oleh Tom Gormican, Ghosted, dibintangi oleh Craig Robinson dan Adam Scott sebagai watak utama. Komedi ini digambarkan sebagai versi komedi kepada The X-Files, mengisahkan Leroy Wright (Craig Robinson) yang sinis dan gemar meragui segala-galanya, bersama Max Allison (Adam Scott), seorang genius yang percaya kepada kuasa ghaib. Mereka diupah oleh sebuah biro penyelidikan bawah tanah untuk menyiasat pelbagai kejadian 'tidak dapat dijelaskan' yang berleluasa di Los Angeles, dan mereka juga menemui satu rahsia besar yang cukup untuk mengancam manusia.