Pada tahun 1942, di awal meletusnya Perang Pasifik, satu kejadian pembunuhan yang mengerikan berlaku di Bangkok, Thailand. Dahi, pergelangan tangan dan pergelangan kaki si mati telah ditatu dengan corak-corak aneh. Inilah permulaan siri pembunuhan berantai yang pelik ini. Leftenan Kolonel Waytarng Phiromruj (lakonan Pong Nawat) dari jabatan siasatan menerima laporan bahawa seorang gadis kecil ditemui mati secara misteri di rumahnya di Rakung Dusitraram. Pemeriksaan mayat menunjukkan punca kematiannya ialah diracun serta tengkorak kepalanya dipecahkan. Dalam siasatan awal kes ini, keseluruhan kes penuh dengan keraguan. Keterangan yang diberikan oleh ibu tiri si mati sentiasa berbelit-belit. Pada mayat itu juga ditemui lima tatu aneh, masing-masing ditatu dengan lima perkataan ini "Yao, Jao, Pae, Ting, Pong". Tidak lama kemudian, kes kedua yang serupa turut berlaku, tetapi kali ini mangsa kedua tidak mati. Ketika mereka semua berasa sangat hairan, kes ketiga yang serupa juga berlaku, tetapi tatu kali ini sangat kabur dan sukar dibaca. Daripada itu mereka mengagak bahawa kes yang berlaku di kuil itu bukanlah jenayah pertama si pembunuh, malah ada jenayah yang lebih awal sebelum itu. Semua bukti mempunyai kaitan yang rapat, tetapi hanya tatu-tatu itu yang berbeza setiap kali, menyebabkan ia tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana bukti lain. Apakah sebenarnya puncanya, itulah kebenaran yang ingin dicari oleh Leftenan Kolonel Waytarng, Kapten Chane Sawangsiri dan Leftenan Krabi Wilaiwutthi. Seluruh Bangkok dan sekitar wilayah Thonburi mengandungi petunjuk kes pembunuhan berantai yang mengerikan ini. Luka sejarah serta rahsia seni tulisan Siam akan didedahkan. Dipetik daripada loveclover101