Drama thriller baharu 8 episod terbitan bersama AcornTV, SkyNZ dan CBC Kanada, #TelukTenggelam# The Sounds, disahkan akan ditayangkan perdana dengan 2 episod pada 3 September, episod ketiga pada 7 September, dan seterusnya setiap hari Isnin. Drama ini dibintangi Rachelle Lefevre (Under the Dome) dan Matt Whelan (Narcos), yang memegang watak pasangan suami isteri. Maggie dan Tom berpindah ke Marlborough Sounds di selatan New Zealand untuk memulakan hidup baharu bagi melarikan diri daripada tekanan keluarga Tom, tetapi selepas Tom hilang, pelbagai kebenaran yang membimbangkan tentang Tom mula terungkap, dan usaha pencarian ini membuka luka lama yang telah lama terpendam.