Dalam drama ini, Ikuta memegang watak Yoshimaru Keisuke, seorang penulis skrip merangkap suri rumah sepenuh masa yang menulis dengan teliti sambil menguruskan segala kerja rumah untuk isterinya yang merupakan penulis novel laris dan anak-anak mereka. Pada suatu hari, seorang penulis utama drama bersiri waktu perdana tiba-tiba berundur, dan Keisuke mengambil alih penulisan skrip tersebut—peluang keemasan yang jarang datang. Keisuke menumpukan sepenuh tenaga dalam penulisan, kerja rumah dan penjagaan anak sambil berdepan dengan kerenah kru produksi yang pelbagai perangai. Walaupun bakatnya kini hanya biasa-biasa sahaja, asalkan ada rakan-rakan yang bersama-sama menghasilkan drama dan keluarga yang menyokongnya, apa jua rintangan mampu diharungi.