Will (lakonan James Badge Dale) menjalankan kerjaya yang sangat misteri sebagai penyelidik dasar kerajaan Amerika Syarikat. Sentiasa bergelumang dengan maklumat sulit peringkat tinggi, dia sememangnya tidak dapat menikmati kebahagiaan hidup biasa. Will yang sentiasa bersendirian semakin hari semakin menyendiri. Pada suatu hari, seorang rakan sekerja wanita bernama Tania (lakonan Lauren Hodges) menemui Will dan meminta bantuannya menyelesaikan teka-teki perkataan. Apa yang tidak disangka oleh Will ialah jawapan teka-teki itu rupa-rupanya menunjuk kepada 'jabatan keempat' yang selama ini bersembunyi dalam kerajaan Amerika Syarikat. Will melaporkan penemuannya kepada ketuanya David (lakonan Peter Gerety), namun tidak lama kemudian, David maut dalam kemalangan jalan raya. Naluri membuatkan Will mula mengesyaki kematian David bukan kemalangan. Demi mencari kebenaran di sebalik tabir gelap itu, Will memulakan siasatannya sendiri.