All American (sebelum ini dikenali sebagai Spencer) diilhamkan daripada kehidupan pemain bola sepak Amerika sebenar, Spencer Paysinger. Drama bertemakan bola sepak Amerika yang ditulis oleh April Blair ini mengisahkan seorang pemain bola sepak Amerika yang sedang meningkat naik dari selatan-tengah Los Angeles yang direkrut ke sebuah sekolah menengah di Beverly Hills, dan dua keluarga dari Compton serta Beverly Hills akan berdepan pelbagai konflik berpunca daripada kemenangan dan kekalahan di padang.