Pada tahun 1994, seorang kanak-kanak kecil hilang dari sebuah pekan kecil di Wales dan tidak pernah ditemui. Lebih 20 tahun kemudian, kehidupan Matilda Gray, seorang pemain cello muda yang berbakat, berubah secara drastik apabila ibunya meninggal dunia secara tiba-tiba akibat membunuh diri. Selepas tragedi itu, Matilda mula mempersoalkan segala yang dia tahu tentang dirinya. Misteri itu membawanya ke kampung kecil di Wales itu. Di sana, rahsia yang didedahkannya turut mempengaruhi usaha membongkar misteri asal usulnya.