Siri terbitan daripada "The Bletchley Circle", mengandungi empat kisah dengan dua episod setiap satu. Latar masa tahun 1956, dua watak utama daripada siri asal, Millie dan Jean, datang ke Amerika Syarikat dan bekerjasama dengan dua pakar pemecah kod Amerika untuk menyiasat kes pembunuhan baharu. Ben Cotton memegang watak detektif pembunuhan, Bill Bryce.