Algojo Kegelapan ialah sebuah drama sejarah yang mengisahkan seorang kesateria pada zaman pemerintahan Edward I yang bersumpah untuk meletakkan senjata dan tidak lagi menjalani kehidupan bergelumang darah selepas mengalami kecederaan fizikal dan mental akibat peperangan. Namun, dia terlibat dalam peristiwa keganasan baharu dan terpaksa mengangkat semula pedang yang dahagakan darah.