Ahli WekiMeki, Choi Yoo-jung dan Kim Do-yeon, akan bergandingan dalam drama web 'Jangan Solo, Mahu Romantik'. Drama ini mengisahkan dua watak wanita utama yang bersama-sama memasuki sekolah menengah perempuan, sekolah tinggi perempuan dan universiti perempuan, serta tinggal sebumbung dengan tiga lelaki, yang mencetuskan pelbagai kisah romantik. Selain itu, drama web ini ialah karya terbaharu pasukan produksi WHYNOT yang menghasilkan 'Dijejaki Budak Nakal' dan 'Percubaan Cinta yang Gagal'. Dijangka mula ditayangkan pada separuh kedua tahun ini. (Terjemahan oleh kmoonhh)