Komedi Champions yang ditulis oleh Charlie Grandy dan #MindyKaling# telah ditempah secara rasmi oleh NBC. Komedi ini mengisahkan Vince (Anders Holm), seorang pemilik gim yang menawan tetapi tidak berambisi, yang tinggal bersama adiknya yang bodoh, Matthew (Andy Favreau). Mereka pada mulanya menjalani kehidupan ringkas iaitu menggoda wanita dan bersenam, sehingga suatu hari Priya (Mindy Kaling), bekas kekasih Vince yang pernah menjalin hubungan cinta singkat dengannya, muncul bersama anak lelaki yang belum pernah dilihat oleh Vince.