Drama pendek enam episod ini memfokuskan kisah Miri, seorang bekas banduan wanita yang baru sahaja menamatkan hukuman penjara selama 18 tahun. Ia mengisahkan cabaran dan perjuangannya untuk kembali ke pangkuan masyarakat dan memulakan hidup baharu. Dalam pada itu, dia secara tidak sengaja menjalin persahabatan yang istimewa dengan Billy, seorang penjaga warga emas yang tinggal berjiran dengannya.