Siri seram ini diadaptasi daripada sebuah novel tahun 2006 dan mengisahkan tentang sebuah rumah hantu. Tom Ellis dan Suranne Jones memegang watak pasangan suami isteri yang berpindah ke sebuah rumah agam bernama "Kreekley Apartments" untuk memulakan hidup baharu setahun selepas anak mereka hilang, namun mereka segera mendapati terdapat "penghuni" lain di dalam rumah itu. Maisie Williams dan Sarah Smart turut berlakon bersama.