Bekas pelakon utama siri Bodyguard, Keeley Hawes, akan membintangi drama ITV berdasarkan kisah benar berjudul Honour. Ditulis oleh Gwyneth Hughes dan diarahkan oleh Richard Laxton, drama dua episod ini mengisahkan kes sebenar pembunuhan Banaz Mahmod, yang dibunuh oleh keluarganya pada tahun 2006 kerana melarikan diri daripada perkahwinan paksa. Keeley Hawes memegang watak Ketua Inspektor Caroline Goode yang menyiasat dan menemui kebenaran di sebalik kes tersebut. Nota: Pembunuhan maruah merujuk kepada pembunuhan wanita oleh ahli keluarga atau kaumnya atas alasan mempertahankan nama baik dan membersihkan maruah keluarga.