Selepas kematian ayahnya secara tiba-tiba, He Yu pulang ke kampung halaman dan terpaksa mengambil alih perniagaan trak sayur keluarga serta berdepan dengan ibunya yang terlalu melindunginya kerana kecacatan kakinya. Dunianya runtuh dan dia jatuh ke dalam keputusasaan. Pada saat itu, He Yu bertemu Wen Xuan, seorang artis yang menetap di kampung itu—gadis pertama yang tidak menganggap kecacatan kakinya sebagai halangan, malah mengajaknya berbasikal. Wanita itu membuka satu tingkap dalam dunia He Yu yang kacau-bilau dan membantunya memahami semula erti keluarga.