Drama ini mengisahkan apabila satu letupan bom berlaku di kereta api bawah tanah Los Angeles, seorang pekerja kolar biru bernama Mike Russo yang berada di dalam kereta api itu hanya mahu memastikan keselamatan isterinya Allison dan anak perempuannya Pearl yang berusia 10 tahun. Namun, akibat bukti yang salah dan 'penghakiman awal' di media sosial, Mike digambarkan sebagai dalang di sebalik kejadian tersebut. Demi membuktikan dirinya tidak bersalah dan mencari pelaku sebenar, Mike terpaksa melarikan diri daripada keluarganya, polis dan media sosial, mencari kebenaran sebagai seorang buruan.