Di dalam hutan Amazon yang terletak di sempadan Brazil dan Colombia, seorang detektif wanita muda bernama Helena bersama polis tempatan, Reynald, sedang berganding bahu menyiasat satu siri kematian yang misteri. Apabila mereka menemui mayat seorang wanita muda yang tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan, pembunuhan jelas bukan lagi rahsia terbesar di dalam hutan ini. Pada masa yang sama, drama ini juga mengisahkan tentang dua orang penduduk tempatan yang digelar "Manusia Abadi", iaitu Yua dan Ush, serta perjuangan mereka dengan orang luar bernama Joseph, yang percaya bahawa penduduk tempatan menyembunyikan satu rahsia yang luar biasa. Pertembungan antara kisah-kisah dan watak-watak ini akan merungkai satu rahsia yang mengubah hidup mereka dan seluruh umat manusia.