Siri utama mengisahkan tiga ibu iaitu Kimura Yoshino, Yoshida Yoh dan Nakari Yisa yang bertemu dengan tiga lelaki menawan yang mengisi kekosongan hati mereka. Kali ini, cerita akan dikisahkan dari sudut pandangan lapan watak lelaki dalam drama ini, termasuk mengapa seorang suami hilang, mengapa lelaki menyukai wanita berkahwin, mengapa lelaki yang sudah beristeri masih menjalin hubungan dengan wanita lain dan sebagainya. Episod pertama akan memfokuskan kepada suami Ishido Anzu (Kimura Yoshino) iaitu Ishido Shingo (Shibukawa Kiyohiko), yang tiba-tiba hilang bersama seorang isteri orang selama 11 tahun. Cerita akan membawa kisah percintaannya dengan isteri orang itu dan proses dia meninggalkan isterinya, bersambung dengan episod pertama siri utama. Isomura Hayato, Okudaira Daiken, Miyase Ryubi, Fujiwara Daisuke, Tamaki Reo, Yahagi Ken dan Abe Sadao akan muncul secara bergilir.