Plot musim baharu mengisahkan setahun selepas kesedaran Synth bangkit sepenuhnya, Britain yang berpecah berada dalam keadaan aman yang kurang tenteram antara manusia dan Synth, namun apabila sebuah komuniti yang terdiri daripada Synth ditubuhkan, kestabilan yang diharapkan oleh kedua-dua pihak akan terancam. Kumpulan Synth iaitu Mia, Niska dan Max (dilakonkan oleh Gemma Chan, Emily Berrington dan Ivanno Jeremiah) akan terus berjuang untuk kelangsungan hidup; manakala pihak manusia iaitu Joe, Laura, serta anak-anak mereka Mattie, Toby dan Sophie (dilakonkan oleh Tom Goodman-Hill, Katherine Parkinson, Lucy Carless, Theo Stevenson dan Pixie Davies) pula berusaha menerima persekitaran yang serba baharu ini.