Lucas Frank ialah mangsa serangan jenayah siber. Semua maklumat peribadi, laman web, media sosial dan profilnya dicuri oleh penggodam, dan dia juga dituduh terlibat dalam keganasan ekologi. Lucas berusaha keras untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, tetapi keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerjanya tidak mempercayainya, malah mula mencurigainya. Lucas ingin mencari dalang di sebalik serangan siber ini serta mangsa-mangsa lain.