Kisah ejen Perkhidmatan Rahsia, Ethan Burke, yang tiba di sebuah pekan kecil bernama Wayward Pines (judul siri ini) untuk mencari dua ejen persekutuan yang hilang secara misteri. Dia tidak mendapat jawapan yang dicari, malah berdepan lebih banyak persoalan. Tempat itu seolah-olah mempunyai kuasa magis tertentu; semakin hampir Ethan kepada kebenaran, semakin hilang jati dirinya — malah keperibadiannya juga berubah. Dia terpaksa berhadapan dengan realiti yang mengerikan: mungkin dia tidak akan dapat keluar dari tempat itu hidup-hidup.