Mengisahkan selepas kematian yang tidak dapat dijelaskan puncanya, doktor terbaik Korea terlibat dalam siasatan untuk mencari kebenaran. Ia merupakan drama Korea pertama yang mengangkat tema forensik, sekali gus menarik perhatian ramai. Ryu Deok-hwan memegang watak pakar neurosurgeri terbaik Korea yang memiliki kemampuan tertinggi, namun merupakan seorang individu eksentrik yang hanya mementingkan diri dan tidak mengenal takut. Walaupun sering dilabel sebagai seorang yang angkuh, dia mempunyai bakat genius serta rasa humor yang membuatkan orang sukar untuk membencinya.