Latar belakang ditetapkan di wilayah barat Amerika Syarikat pada tahun 1880-an, penjahat Frank Griffin (lakonan Daniels) memulakan pemburuan terhadap bekas rakan sepasukannya yang kini menjadi musuh, Roy Goode (lakonan O'Connell). Roy bersembunyi di sebuah ladang ternakan, dan pemburuan Frank membawanya ke sebuah pekan misteri di New Mexico bernama LaBelle — yang seluruh penduduknya terdiri daripada wanita.