Selepas dibersihkan daripada tuduhan, Luke menjadi terkenal di Harlem, dan keupayaannya yang kebal menjadikan namanya tersohor. Namun, kemasyhuran yang melampau hanya menyukarkan usahanya melindungi komuniti. Dengan kemunculan penjahat baharu yang berkuasa, Bushmaster, Luke akan menghadapi ujian yang lebih getir.