Spin-off daripada siri Riverdale, Katy Keene diadaptasi daripada watak komik Archie. Drama ini mengisahkan Katy Keene, ikon fesyen, dan tiga rakan utamanya yang mengejar impian mereka di Broadway, pentas peragaan dan bilik rakaman di New York City. Watak utama termasuk Katy Keene (Lucy Hale) yang ingin menjadi pereka fesyen New York, Josie McCoy (Ashleigh Murray) yang mengejar impian muzik, sosialit Pepper Smith (Julie Chan) yang ingin membina bilik rakamannya sendiri, dan Ginger Lopez (Johnny Beauchamp) yang dikenali sebagai Jorge, yang bercita-cita menjadi pelakon Broadway. P.S: Oleh kerana Katy Keene telahpun diterima untuk siaran, Ashleigh Murray akan meninggalkan Riverdale. Selain itu, kerana garis masa drama ini ditetapkan beberapa tahun selepas sekolah menengah Riverdale, tiada rancangan crossover pada peringkat ini.