Charles Dance, Luke Treadaway dan David Morrissey akan membintangi drama baharu ITV berjudul The Singapore Grip, dengan penulis skrip Atonement Christopher Hampton mengendalikan drama ini. Siri ini diadaptasi daripada buku dengan judul sama karya J.G. Farrell, mengisahkan kehidupan sebuah keluarga British yang tinggal di Singapura semasa pencerobohan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.