Watak utama, Atsushi Toyama, seorang yang penakut. Apabila rakannya memberitahu bahawa pelajar sekolah menengah perempuan bernama Nina telah diculik, dia memberanikan diri untuk menyelamatkannya. Namun, dia mendapati dalang penculikan itu ialah samseng sekolah! Atsushi yang bertekad untuk menjadi pengawal peribadi Nina, tanpa disedari mula menyimpan perasaan cinta terhadap Nina...