Kisah 10 tahun tentang heroin bernama Sakura yang tidak pernah menggoyahkan kepercayaannya dan tidak pernah berkompromi demi mencapai impiannya, walau apa pun halangan yang dihadapinya. Setiap episod mewakili satu tahun, bermula dengan kilas balik ke musim bunga 2009, ketika majlis penyambutan pekerja baharu di syarikat pembinaan terbesar di Jepun, Hanamura Construction. Sakura yang dibesarkan di sebuah pulau terpencil yang jarang penduduknya segera menyerlah dengan sifat kampungnya, tanpa segan silu menceritakan impiannya untuk membina jambatan ke pulau asalnya. Rakan-rakan seangkatannya yang pada mulanya tidak mahu terlibat dengannya perlahan-lahan belajar daripadanya tentang keindahan sentiasa berpegang pada diri sendiri. Mereka juga tampil melindungi dan menjaganya ketika Sakura jatuh ke dalam jurang keputusasaan.