Medium pengembara Manfred Bernardo (lakonan François Arnaud) sudah jemu hidup berpindah-randah, lalu menerima cadangan arwah neneknya untuk menetap di sebuah pekan kecil di Texas, Midnight. Perniagaannya di situ laris dan memuaskan hatinya, namun dia segera menyedari pekan itu didiami pelbagai jenis "penduduk". Dia terpaksa berdepan kejahatan yang belum pernah berlaku, sekali gus menyiasat kebenaran bersama jiran-jirannya yang tergolong dalam golongan "supernatural".