Li Na (lakonan Hai Qing) ialah pemilik sebuah syarikat kosmetik. Di tempat kerja, dia sentiasa menampilkan imej seorang wanita besi yang amat dipercayai oleh orang bawahan dan rakan kongsinya. Li Na dan suaminya Ding Zhiyuan (lakonan Xu Yajun) telah berkahwin bertahun-tahun lamanya, dan buah cinta mereka, Ding Yiyi (lakonan Hu Xianxu), sedang menuntut di Kanada. Kebelakangan ini, Ding Yiyi yang sudah memasuki fasa memberontak sering menimbulkan pelbagai masalah besar dan kecil, membuatkan Li Na runsing. Lantas, Li Na membuat keputusan yang mengejutkan, iaitu melepaskan pekerjaannya dan berangkat ke Kanada untuk menjadi seorang ibu peneman belajar sepenuh masa. Walaupun Ding Zhiyuan menentang keputusan isterinya itu, dia tahu bahawa apa sahaja yang diputuskan Li Na pasti akan dilaksanakannya. Namun, Li Na ketika itu tidak menyedari betapa besarnya harga yang perlu dibayarnya demi keputusan tersebut. Perniagaannya yang dibina dengan penuh jerih payah serta hubungan kasih sayangnya dengan suami selama bertahun-tahun, semuanya menerima ujian yang getir akibat keputusan itu.