Penyanyi baru, Haruka, diganggu oleh bunyi langkah kaki di rumahnya pada lewat malam. Selepas berbincang dengan pakar kajian minda, Odajima, yang dikenalnya melalui program televisyen, bermulalah kisah seram ini. Walaupun kurang diketahui umum sehingga kini, "Ju-on" diilhamkan daripada kejadian sebenar. Dalam siri drama kali ini, buat pertama kalinya terungkap banyak peristiwa penuh kebencian yang berlaku di "Rumah Terkutuk" iaitu punca segala-galanya. Kemudian, "kutukan berantai" merebak dari situ. Mampukah kumpulan ini melepaskan diri daripada kutukan rumah hantu itu? Apakah perkara mengerikan yang pernah berlaku di rumah yang dikutuk ini dahulu?