Drama khas SBS Korea yang mula ditayangkan pada 22 November 2017, diarahkan oleh Lee Kwang-young ("Entertainer") dan ditulis oleh Seo In. Drama ini mengisahkan Lee Jung-joo, seorang hakim tegas yang tidak tahu berkompromi dan menjadi 'bom jangka' di mahkamah, yang nekad berjuang ke sana ke mari untuk membersihkan nama abangnya selepas abangnya dituduh membunuh secara palsu dan akhirnya dibunuh.