The Defenders ialah siri mini televisyen internet yang akan datang oleh Netflix Amerika Syarikat, berdasarkan pasukan adiwira Marvel Comics dengan nama yang sama, dibangunkan oleh Douglas Petrie dan Marco Ramirez. Siri ini ditetapkan dalam Marvel Cinematic Universe dan berkait dengan jalan cerita filem-filem dalam siri Marvel Cinematic Universe, serta merupakan kemuncak siri televisyen Marvel Cinematic Universe. Siri mini ini diterbitkan bersama oleh Marvel Television dan ABC Studios, dengan Ramirez sebagai penyelaras. Kisahnya berlaku beberapa bulan selepas jalan cerita musim kedua Daredevil dan sebulan selepas kisah Iron Fist, di mana para vigilante yang tinggal di merata New York—Daredevil, Jessica Jones, Luke Cage dan Iron Fist—mula bersatu untuk membentuk pasukan adiwira bagi menentang ancaman jahat The Hand yang semakin menghampiri.