Ha Ji-won disahkan akan berlakon dalam drama baharu SBS "Masa Untuk Mencintaimu, 7000 Hari", yang diadaptasi daripada drama popular Taiwan "In Time with You". Pada 6 haribulan, seorang sumber berkata Ha Ji-won telah disahkan berlakon dalam "Masa Untuk Mencintaimu, 7000 Hari" dan sudah mula membuat persiapan. Ini juga merupakan kemunculan semulanya selepas setahun sejak drama MBC "Empress Ki" tamat tayangan pada April tahun lalu. SBS juga sedang membuat persiapan dengan sasaran untuk menyiarkannya pada separuh pertama tahun ini.