Ejen FBI Holden Ford dan Bill Tench meneruskan usaha menyelidik psikologi di sebalik tindakan manusia yang tidak terduga. Dengan bantuan ahli psikologi Wendy Carr, mereka mempelopori penggunaan analisis tingkah laku untuk memburu pembunuh bersiri yang terkenal. Mindhunter Musim Kedua diilhamkan daripada peristiwa sebenar dan kembali pada 16 Ogos. Musim terbaharu ini dibintangi Jonathan Groff, Holt McCallany, Anna Torv, Joe Tuttle, Albert Jones, Stacey Roca, Michael Cerveris, Lauren Glazier dan Sierra McClain. Siri ini diarahkan oleh David Fincher (Gone Girl, Zodiac), Andrew Dominik (Killing Them Softly, The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford) dan Carl Franklin (The Leftovers, House of Cards). David Fincher, Joshua Donen (Gone Girl, The Quick and the Dead), Charlize Theron (Girlboss, Hatfields & McCoys) dan Ceán Chaffin (Gone Girl, Fight Club) serta Courtney Miles dan Beth Kono berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.