Siri terhad terbaharu daripada Ryan Murphy dan Ian Brennan, Hollywood, berlatarkan Hollywood selepas Perang Dunia II dan mengisahkan sekumpulan pelakon dan pembikin filem yang bercita-cita tinggi berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di Hollywood. Setiap watak menawarkan perspektif unik yang membolehkan kita mengintai dunia di sebalik tabir berlapis emas zaman kegemilangan Hollywood, sekali gus mendedahkan ketidakadilan dan prasangka institusi yang masih wujud sehingga kini dari segi kaum, jantina dan orientasi seksual. Hollywood bersifat memberi inspirasi dan tajam, mendedahkan serta mengkaji peralihan kuasa selama beberapa dekad, dan bagaimana rupa industri hiburan jika ia dimansuhkan. Hollywood dibintangi David Corenswet sebagai Jack, Darren Criss sebagai Raymond, Jeremy Pope sebagai Archie, Laura Harrier sebagai Camille, Samara Weaving sebagai Claire, Dylan McDermott sebagai Ernie, Holland Taylor sebagai Ellen Kincaid, Patti LuPone sebagai Avis, Jim Parsons sebagai Henry Willson, Jake Picking sebagai Rock Hudson, Joe Mantello sebagai Dick, dan Maude Apatow sebagai Henrietta. Siri ini diterbitkan oleh pencipta bersama Ryan Murphy dan Ian Brennan serta Alexis Martin Woodall dan Janet Mock, dengan Janet Mock turut berperanan sebagai penulis dan pengarah siri ini.