Hidetaka Takahashi, Takumi Saito dan Kenichi Takito akan membintangi drama baharu 'Lelaki Bujang Tokyo' (judul sementara). Kisah drama ini berkisar tentang tiga lelaki bujang iaitu seorang kakitangan bank (lakonan Hidetaka Takahashi), seorang pengarah klinik pergigian kosmetik (lakonan Takumi Saito) dan seorang pemilik firma guaman (lakonan Kenichi Takito).