Drama adaptasi daripada manga popular karya Yuko Aoki, "Kore wa Keihi de Ochimasen"! Seorang wanita bujang bernama Sanako Moriwaka (dilakonkan oleh Mikako Tabe) yang bekerja di Jabatan Perakaunan sebuah syarikat pembuat sabun, begitu teliti menyemak setiap resit dan borang tuntutan bayaran satu demi satu. Dalam proses menyemak kandungan invois dengan berhati-hati, dia mula menyedari masalah yang dihadapi oleh orang-orang berkaitan perbelanjaan. Suatu hari, bintang jabatan jualan, Taiyo Yamada (dilakonkan oleh Daiki Shigeoka), datang menuntut bayaran balik dengan resit takoyaki bernilai 4800 yen. Sudah tentu dia menolak tuntutan yang tidak munasabah itu, namun tindakannya itu menarik minat Yamada terhadapnya, sekali gus mengubah hidup wanita yang terlalu serius dan tidak pandai bercinta itu. Drama ini turut menampilkan Sairi Ito, Hiroyuki Hirayama, Mitsuru Fukikoshi, Ren Kiriyama, Airi Matsui, Han Yeong-hye, Akihiro Kakuta, Nana Katase, Shiga Moro dan ramai lagi.