Dibintangi bersama oleh pelawak muda dan bintang veteran, "Silicon Valley" mengisahkan seorang jurutera komputer introvert yang tinggal di "Hacker Hostel" bersama rakan-rakannya. Kumpulan yang agak sukar menyesuaikan diri dengan masyarakat ini dijaga oleh seorang jutawan syarikat internet, yang membenarkan kumpulan jurutera ini tinggal secara percuma di rumahnya, namun dengan syarat beliau mendapat 10% saham daripada projek mereka.