Seorang pemuda yang suka mencuba perkara mendebarkan dan gemar bermain, Fong Lei-On (dilakonkan oleh Bosco Wong), telah diselamatkan oleh ketua pasukan bomba, Chung Yau-Sing (dilakonkan oleh Wong Hei), dalam satu kemalangan. Selepas peristiwa itu, Lei-On bukan sahaja menganggap Yau-Sing sebagai penyelamat nyawanya, malah amat mengagumi keberanian dan kemahiran Yau-Sing sehingga bertekad untuk menyertai pasukan bomba. Sahabat baik Yau-Sing yang setia, Cheuk Pak-Yu (dilakonkan oleh Kevin Cheng), bersikap sambil lewa dan telah bertemu dengan seorang anggota bomba Balai Bomba Kowloon City yang cantik dan polos, Ko Wai-Ying (dilakonkan oleh Myolie Wu). Namun begitu, dua sahabat yang sering berdepan maut itu rupa-rupanya jatuh cinta kepada Wai-Ying pada masa yang sama. Demi menghargai persahabatan mereka, Pak-Yu menyimpan perasaannya terhadap Wai-Ying jauh di dalam hati, tetapi Lei-On menuduhnya merampas cinta. Ketiga-tiga mereka terperangkap dalam cinta yang penuh derita. Siri drama Api Semangat Keberanian ialah drama bersiri terbitan Television Broadcasts Limited (TVB) Hong Kong yang bertemakan kisah anggota bomba. Ia bukan sahaja menggambarkan keberanian anggota bomba berdepan maut di lokasi kejadian, malah memaparkan pahit manis dan suka duka kehidupan seharian mereka. Siri drama ini diterbitkan dan diarahkan oleh pengarah wanita Hong Kong, Wong Sum-Wai. Dalam Api Semangat Keberanian 3, ramai pelakon terkenal TVB seperti Kevin Cheng, Wong Hei, Bosco Wong dan Myolie Wu bergandingan beraksi.