Pencipta The Haunting, Mike Flanagan dan penerbit Trevor Macy berganding bahu untuk menghadirkan bab seterusnya dalam siri The Haunting yang sangat dinantikan, The Haunting of Bly Manor. Berlatar belakang England pada tahun 1980-an, selepas kematian tragis seorang au pair, Henry Wingrave (dilakonkan oleh Henry Thomas) mengupah seorang pengasuh muda dari Amerika (Victoria Pedretti) untuk menjaga anak saudara lelaki dan perempuannya yang yatim piatu (Amelie Bea Smith, Benjamin Evan Ainsworth), yang tinggal bersama tukang masak rumah agam itu, Owen (Rahul Kohli), pengurus kawasan, Jamie (Amelia Eve), dan housekeeper, Mrs. Grose (T'Nia Miller), di Bly Manor. Namun, dalam saga Gothic yang menggerunkan ini, segala-galanya di rumah agam itu seolah-olah menyembunyikan sesuatu, dan rahsia gelap tentang cinta dan kehilangan selama berabad-abad menanti untuk didedahkan. Di Bly Manor, kematian bukanlah pengakhiran. Rakan produksi Flanagan dan Macy mengambil inspirasi daripada kisah ghaib klasik Henry James untuk menghasilkan drama ensembel yang dibintangi bersama Oliver Jackson-Cohen, Kate Siegel dan Tahirah Sharif. Drama ini diterbitkan oleh Flanagan dan Macy dari Intrepid Pictures, serta Darryl Frank dan Justin Falvey dari Amblin Television.