Song Jae-rim, yang memegang watak Gap-seok, berkata "Walaupun Gap-seok lulus dari institut penyelidikan di kawasan Seoul, dia menjadi calon penjawat awam senior di Noryangjin. Dia terus belajar kerana takut untuk berputus asa. Walaupun dia terus bergantung hidup pada teman wanitanya, Gap-sun, yang telah dia temui selama 10 tahun, dia ialah watak yang tidak membuat orang benci." p.s. Noryangjin ialah jalan kelas tambahan terkenal di Korea. Kim So-eun, yang memegang watak Gap-sun, berkata "Gap-sun ialah seorang penganggur yang bermimpi menjadi guru. Dia bekerja sambilan untuk menyara teman lelakinya, Gap-seok, yang telah dia temui selama 10 tahun. Dia ialah watak yang baik hati, jujur dan tabah. Dia seperti ahli keluarga dan juga seperti kawan kepada Gap-seok." Kim So-eun berkata "Calon penjawat awam dan penganggur yang biasa kita lihat di sekeliling sepatutnya boleh merasai persamaan dengan watak ini." Song Jae-rim pula berkata "Antara kawan-kawan saya, ada yang telah bersedia selama 3 tahun dan lulus peperiksaan penjawat awam gred 7 serta lulus menjadi polis. Saya rasa kerana bagi banyak pelajar universiti, peperiksaan ialah perkara yang paling biasa, maka calon penjawat awam terus bertambah." 'Kami Gap-sun' ialah drama keluarga yang menggambarkan secara positif kehidupan suami isteri pada zaman kita ini. Dibintangi oleh Song Jae-rim, Kim So-eun, Ryu Seon, Kim Kyu-ri, Lee Wan dan lain-lain, dan dijangka ditayangkan pertama kali pada hujung bulan ini selepas 'Ya, Memang Begitu'.