Semasa zaman Republik China, seorang pemuda kampung bernama Yang Xiaolang, pewaris ke-48 ilmu Tombak Keluarga Yang, membenci seni mempertahankan diri sejak kecil. Neneknya yang berharap dia menjadi hebat memaksanya pergi ke Jiangcheng untuk mencari bapa saudara keduanya, Liu Guo, pemilik Restoran Zhonghua. Dalam kancah Jiangcheng yang penuh liku, Yang Xiaolang terperangkap di antara beberapa puak yang saling bermusuhan seperti balai polis, Persatuan Qinglong dan orang asing. Walaupun berharap dapat kekal bersih daripada pengaruh buruk, Yang Xiaolang mendapati dirinya sedang terjerumus ke dalam konspirasi besar yang dirancang oleh puak-puak tersebut. Demi melindungi wanita yang dicintainya, Xiaofan, Yang Xiaolang tampil ke hadapan. Dengan ilmu mempertahankan diri luar biasa "Teknik Perbezaan Masa" yang diajar oleh pendekar pengembara Wang Chuer serta kepetahannya berbicara, mampukah Yang Xiaolang menjadi wira yang melindungi Jiangcheng dan kekasihnya...