Drama perang bertemakan ketenteraan "Penyelamatan Besar Pasukan Flying Tigers". Drama ini mengisahkan selepas pesawat pengebom Amerika Syarikat ditembak jatuh oleh tentera Jepun, tentera Jepun memburu anggota Pasukan Flying Tigers yang terselamat serta membawa dokumen rahsia, dalam proses penyelamatan oleh Tentera Laluan Kelapan dan tentera Nasionalis, Kampung Chujia juga turut terlibat. Manakala Tentera Laluan Kelapan merancang pelan yang lebih rahsia dan agung untuk menghalau penceroboh... Difahamkan, dalam "Penyelamatan Besar Pasukan Flying Tigers" kali ini, Haidun memegang watak komander rejimen Tentera Jinsui Nasionalis, Zheng Xiaoning memegang watak ketua Kampung Chujia, Chu Shanhu, Du Xudong memegang watak jeneral muda komander briged Tentera Darat Jepun di wilayah Shangdang, Li Mengnan memegang watak komander rejimen Tentera Laluan Kelapan, Bao Weiguo, Xi Xue memegang watak perisik Jepun, Gu Yumeng, Song Lina memegang watak Zuo Yun... Selain itu, pelakon veteran Wang Kuirong, Liu Xuehua dan lain-lain turut menyertai persembahan.